Halaman

Isnin, 23 Disember 2013

Amalan-amalan yang soleh sebelum datangnya tujuh perkara

Allahumma Sholi 'Ala Muhammad Wa 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aali Muhammad 

Sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya : "Bersegeralah beramal sebelum datangnya fitnah seperti malam yang gelap gelita. Di pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di petang harinya. Di petang hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia."

[ H.R Muslim ]

Maksudnya : Bersegeralah engkau melakukan amalan-amalan yang soleh sebelum datangnya tujuh perkara. Apakah engkau sekalian menantikan untuk melakukan ibadah setelah :

1.) Tibanya kefakiran yang melalaikan.
2.) Atau tibanya kekayaan yang menyebabkan kecurangan.
3.) Atau tibanya kesakitan yang merosakkan.
4.) Atau tibanya usia tua yang nyanyuk.
5.) Atau tibanyan kematian yang mempercepatkan atau melenyapkan segala hal.
6.) Atau tibanya DAJJAL maka ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu
7.) Atau tibanya hari kiamat, maka hari kiamat itu adalah lebih besar bencananya serta lebih pahit

[ H.R Tirmizi ]

**dari kitab "50 Akhlak Safussoleh" yang dikarang oleh Syeikh Muhd Zainul Asri





Khamis, 19 Disember 2013

Himpunan Ambang Tahun Baru

Salam Buat Semua Sahabat PR/BN/BEBAS/ATAS PAGAR...
~31/12/13 ni jom ramai2 turun tunjukkan solidariti anda,bukan nk menggulingkan KERAjaan tetapi sekadar memberi amaran bahawa rakyat mempunyai hak..
~buat sahabat2 yg dulunya hebat dlm perjuangan membela "The Better Nation" ana mohon anda cuba skurang2nya berfikir lebih terbuka dan tlg jgn jd spt "macai2" diluar yg menipu diri sndiri...
dlu anda perjuangkan sesuatu yg "kurang jelas" spt kami tetapi skarang smemangnya saya rasa smemangnya JELAS bahawa pemilihan kalian salah selepas baru hnya bbrapa meneruskan pentabdiran..
- Minyak , Gula, Tarif Elektrik , Cukai , GST dan terbaru TOL..semua ini adalah keperluan bg stiap rakyat maka apabila dinaikkan sudahpasti akan memberikan kesan negatif...
~~ umum buat semua dan KHUSUS buat 47% semasa PRU13..,komenlah secara sihat...
;;; berjuanglah dengan hakikat realiti berlandaskan SYARIAT..,sejujurnya saya tidak menyesal dulunya sya sedikit berbeza dgn "pentadbiran" hingga disekat tajaan pengajian dan sering di kaunseling serta di "check" urine...
PESANAN buat sahabat2 di MALAYSIA,turunlah tunjukkan suara anda 31/12/13 ni,sapa x p mmg ceroi lah...



Rabu, 18 Disember 2013

Jatuhkan Kerajaan

Ya, aku mempunyai keinginan untuk menggulingkan kerajaan sedia ini, tetapi aku tidak mampu untuk melakukannya seorang diri & aku memerlukan sokongan padu dalam bentuk berpasukan atau jamaah untuk melaksanakan hasrat ini.

Aku tidak sanggup untuk melihat rakyat marhaen terus-menerus dihimpit dengan pelbagai kos saraan hidup yang tidak munasabah & menggila ini di mana korupsi semakin meninggi, ketirisan wang negara semakin kronik digunakan oleh pemimpin yang bernafsu serakah menghabiskannya, hutang negara di paras bahaya sehingga mencecah trillion ringgit!

Adakah kalian sanggup melihat kesengseraan ini kian berleluasa? Sesungguhnya Allah & Rasul-Nya tidak redha dengan perkara ini.

Adakah kalian redha melihat saudara seaqidah & juga golongan bukan Islam turut ditindas tanpa belas ihsan oleh pihak yang gilakan dunia & juga kuasa?

Siapa bersama-sama dengan saya??


daripada :

(Syazwan Khamis)

Rabu, 3 Julai 2013

Pandangan Syiah terhadap para sahabat.


Jika Rafidhah memaki hamun dan mengkafirkan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain dan berlepas diri dari mereka semua, maka Syi’ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah tidak berbeza daripada fahaman Rafidhah itu kerana kitab-kitab mereka yang mu`tabar penuh dengan caci maki dan riwayat-riwayat yang mengkafirkan para sahabat termasuk sahabat besar Rasulullah s.a.w. Di sini saya akan mengemukakan beberapa contoh dari kitab-kitab mereka sendiri.

Sebelum itu perlulah diketahui bahawa perselisihan pendapat ‘ulama’ hanya berlaku berhubung dengan kafir atau tidaknya orang yang mencaci dan memburuk-burukkan para sahabat tetapi mereka tidak berselisih pendapat tentang kafirnya orang yang mengkafirkan para sahabat agung Rasulullah s.a.w. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Abdul Rahman bin Auf, Zubair bin Awwam, Talhah bin Ubaidillah dan lain-lain. Tetapi Syi’ah di dalam kitab-kitab mereka jelas telah mengkafirkan para sahabat termasuk sahabat agung Rasulullah s.a.w. yang tersebut tadi. Menafikan perkara ini sama seperti menafikan siang pada waktu matahari berada di tengah langit atau perkara ini hanya dapat dinafikan oleh orang-orang yang buta mata hatinya seperti mana tidak bergunanya cahaya matahari yang terang benderang itu kepada orang yang buta matanya. Di sini saya akan kemukakan beberapa contoh daripada kitab Syi’ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah sendiri bahawa mereka mengatakan sahabat Rasulullah s.a.w. telah murtad sepeninggalan baginda. Pendapat mereka ini tidak berbeza dari dahulu sampai sekarang.

1. At-Thusi meriwayatkan di dalam Rijal Al-Kasyi bahawa Abu Ja’far (Muhammad al-Baqir) berkata bahawa para sahabat telah murtad setelah kewafatan Rasulullah kecuali Miqdad bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari dan Salman al-Farisi. (Rijal Al- Kasyi jilid 1 halaman 6)

2. At-Thusi meriwayatkan lagi dari Humran katanya: “Aku berkata kepada Abu Ja’far: “Alangkah sedikitnya bilangan orang-orang kita sehingga kalau kita berkumpul untuk merebahkan seekor biri-biri pun tidak akan dapat.” Humran berkata: “Maka Abu Ja’far berkata: “Mahukah aku ceritakan perkara yang lebih aneh dari itu?” Humran berkata: “Ya.” Maka Abu Ja’far berkata: “Orang-orang Muhajirin dan Ansar telah pergi (murtad) kecuali tiga (dan beliau pun mengisyaratkan dengan tangannya).” (Ibid)

3. Diriwayatkan dari Abi Ja’far a.s: “Anak-anak Ya’qub bukan nabi tetapi mereka adalah asbath kepada anak-anak Nabi. Mereka tidak meninggalkan dunia melainkan dalam keadaan bahagia. Mereka telah bertaubat dan menyesal di atas apa yang mereka lakukan tetapi Abu Bakar dan Umar telah meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat dan tidak menyesali apa yang telah dilakukannya terhadap Amirul Mu’minin Ali a.s. Mereka berdua dilaknat oleh Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya.” (Al-Kulaini, Ar- Raudhah Min Al-Kafi, jilid 8, halaman 246)

4. Diriwayatkan daripada Abi Ja’far a.s. Kata beliau: “Para sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi s.a.w. kecuali tiga orang daripada mereka.” Perawi bertanya: “Siapakah yang tiga itu?” Abi Ja’far menjawab: “Miqdad bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.” (Ibid, halaman 245)

5. Ayatullah al-’Uzma Sayyid Murtadha al-Husaini al-Fairuzabadi di dalam kitabnya As-Sab’ah Min As-Salaf telah mengkafirkan Abu Bakar, Umar, Usman, Abdul Rahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqqas, Abu Ubaidah al-Jarrah, Mu’awiyah, Abu Sa’id al-Khudri, Bara’ bin ‘Azib dan lain-lain. (Lihat halaman 29,32,71,78,81,85, 107,120 dan 211)

6. Ayatullah al-Uzma Khomeini di dalam kitabnya Kasyfu Al-Asrar telah mengkafirkan Sayyidina Umar.(Lihat halaman 137 dan 176, edisi Arab dan halaman 119 dan 153 edisi Farsi) Beliau menganggap Abu Bakar dan Umar jahil tentang hukum Allah dan mereka menjadikannya sebagai bahan permainan kanak-kanak. (Halaman 110-111, edisi Farsi) Beliau juga menuduh Abu Bakar dan Umar mereka hadits atas nama Rasulullah s.a.w. (Halaman 131 dan 138 edisi Arab 114 dan 120 edisi Farsi)

Selasa, 2 Julai 2013

Masih rasa Syiah benar? Baca fatwa ini tentang Al Quran oleh ulama Syiah.



1. Orang yang mendakwa telah mengumpulkan al-Qur’an dengan lengkap adalah pembohong besar. Al-Qur’an sebagaimana yang telah diturunkan oleh Allah hanya dikumpul dan disimpan oleh Ali bin Abi Talib dan imam-imam selepasnya. (Al-Kulaini, Al-Kafi, jilid 1, halaman 228)

2. Al-Kulaini meriwayatkan lagi di dalam Al-Kafinya, bahawa Abu Husain Musa a.s. menulis surat kepada Ali bin Suwaid ketika beliau berada di dalam penjara; “Janganlah kamu mencari agama orang yang bukan dari kalangan Syi’ahmu. Janganlah sekali-kali kamu suka kepada agama mereka kerana mereka adalah pengkhianat. Mereka telah mengkhianati Allah dan rasul-Nya dan telah mengkhianati amanah yang telah diserahkan kepada mereka. Tahukah kamu apakah pengkhianatan yang telah dilakukan terhadap amanah yang diserahkan itu? Mereka telah diamanahkan supaya menjaga kitab Allah (Al-Qur’an) tetapi mereka telah memesongkannya dan menukargantikan isinya.” (Ar-Raudhah Min al-Kafi jilid , halaman 125)

3. Al-Kulaini menyebutkan lagi di dalam Al-Kafinya bahawa Hisyam bin Salim meriwayatkan dari Abi Abdillah (Ja’far as-Sadiq) bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya al-Quran yang diturunkan oleh Jibril a.s. kepada Muhammad s.a.w. mengandungi sebanyak 17,000 ayat.” ‘Allamah Khalil al-Qazwini di dalam “As-Shafi Syarah Usul Al-Kafi”, Bab Kelebihan al-Quran (jilid 6, halaman 75), menghuraikan kata-kata Ja’far as-Sadiq yang tersebut di atas begini; “Kata-kata beliau itu bermaksud bahawa sebahagian besar al-Qur’an yang asal (yang dibawakan oleh Jibril a.s) telah digugur atau dihilangkan. Di dalam naskhah al-Quran yang wujud dan masyhur di kalangan orang ramai hari ini tidak terdapat ayat-ayat yang digugur dan dibuang itu.”

4. Kamaluddin Maitsam al-Bahrani menulis tentang pengumpulan al-Quran oleh Sayyidina Usman r.a. bahawa; “Beliau telah menyatukan orang ramai di atas qira’at Zaid bin Thabit sahaja dan membakar semua mushaf-mushaf yang lain. Beliau telah membatalkan (membuangkan) ayat-ayat yang tidak syak lagi merupakan sebahagian daripada al-Qur’an.” (Maitsam Al- Bahrani, Syarah Nahjul Balaghah, jilid 11, halaman 1)

5. Diriwayatkan dari Buraid al-Ijli dari Abi Abdillah (Ja’far Sadiq a.s.) katanya: “Allah telah menurunkan nama 7 orang dengan jelas di dalam al-Qur’an tetapi orang-orang Quraisy telah menghapuskan nama 6 daripada mereka dan meninggalkan nama Abu Lahab sahaja.” (Syeikh at-Ta’ifah al-Imamiyyah Abu Ja’far at-Thusi, Ikhtiar Ma’rifati Ar-Rijal, jilid 3, halaman 290)

Mirza Husain Muhammad Taqiy at-Tabarsi an-Nuri menulis di dalam kitabnya “Fashlul Khitab”; “Dalil yang ke-12 ialah riwayat imam-imam ma’sum berhubung dengan tempat-tempat tertentu di dalam al-Quran yang menunjukkan telah berlaku pengubahan dan tukar ganti pada kalimah-kalimah, ayat-ayat dari surah-surah al-Qur’an yang ada hari ini. Pengubahan dan tukar ganti seperti ini telah berlaku dengan banyak sekali sehingga Sayyid Nikmatullah al-Jaza’iri di dalam beberapa karangannya berkata: “Hadits-hadits daripada Imam-Imam Ahlul Bait yang menunjukkan adanya tukar ganti di dalam al-Qur’an, melebihi 2,000.”

Selasa, 18 Jun 2013

Karnival Mahabbah


Syiah adalah kumpulan yang bahaya kepada Islam.


1. Kata Abdullah anak kepada Imam Ahmad Rahimahullah, 

'Aku bertanya kepada bapaku tentang orang (Syiah) yang mencela sahabat-sahabat Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, maka dijawab oleh beliau : 

ما أراه على الإسلام

'Aku tidaklah memandang mereka itu sebagai Islam' [Al-Sunnah oleh al-Khalal]

2. Kata Imam Al-Nasaie Rahimahullah,

'Sesiapa yang mencela sahabat maka dia mencela Islam dan sesiapa yang mencela Muawiyah maka dia sebenarnya mencela sahabat.' [Tarikh al-Dimasyq]

3. Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebut tentang golongan syiah,

ليس في الطوائف المنتسبة إلى الإسلام مع بدعة وضلال شر منهم، لا أجهل، ولا أكذب، ولا أظلم، ولا أقرب إلى الكفر والفسق والعصيان، وأبعد عن حقائق الإيمان منهم

Tidak ada kumpulan yang menisbahkan diri mereka kepada Islam yang lebih teruk di dalam bid'ah dan kesesatan daripada mereka (Syiah).

Tidak ada yang lebih jahil, lebih menipu, lebih zalim, lebih mendekati kekufuran, kefasikan, maksiat dan jauh daripada kebenaran Iman selain daripada mereka (Syiah). [Minhaj al-Sunnah]

a) Bid'ah - Syiah adalah ajaran yang penuh dengan bid'ah/tokok tambah dalam agama

b) Lebih jahil - Syiah cukup jahil tentang al-Quran dan as-sunnah

c) Lebih menipu - Taqiyyah atau menipu merupakan sunnah Syiah

d) Lebih zalim - Syiah tidak pernah berlaku adil kepada ahli sunnah

e) Lebih mendekati kufur - Syiah lebih menyerupai ajaran majusi dan yahudi

f) Kefasikan - Syiah penuh dengan penyelewengan dan pelampau

g) Maksiat - Syiah cukup suka melakukan zina atas nama agama spt mut'ah

h) Jauh daripada kebenaran dan Iman - Ajaran Syiah tidak menjadikan manusia beriman kepada Allah sebaliknya menjadikan mereka tunduk kepada imam-imam Syiah.

Ya Allah, peliharalah kami dan keturunan kami daripada Syiah dan kejahatannya!"

Rabu, 13 Februari 2013

Hari Valentine bertentangan syarak

Sorry V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶n­̶e̶ D̶a̶y̶ . I'm Muslim ♥


Roh perayaan bercampur perbuatan maksiat bercanggah dengan akidah Islam
Budaya menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan diminati untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Ada yang mengirimkan kad ucapan, hadiah, menyanyikan lagu cinta, membuat upacara tari-menari dan mengadakan acara makan malam disinari cahaya lilin.
Bertukar perasaan di taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing.
Janganlah hanya dengan alasan inginkan keseronokan serta mengikut peredaran zaman, sanggup membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah”
Menurut Ken Sweiger, perkataan Valentine berasal dari bahasa Latin bermaksud ‘yang maha perkasa, yang maha kuat, dan yang maha kuasa’, digunakan pada zaman Rom Kuno kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi.
Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi ‘to be my Valentine? maka ia telah melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan akidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT kerana telah meminta seseorang menjadi “sang maha kuasa”. Hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali semangat budaya pemujaan berhala.
Berdasarkan pandangan tokoh agama, menyambut atau meraikan Hari Valentine bertentangan dengan syarak. Menurut Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), amalan itu haram dan bertentangan ajaran Islam.
Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005, memutuskan amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan itu bercampur perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam.
Justeru, ditegaskan pengharaman dan larangan bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan yang menjadi trend zaman moden tetapi berlandaskan kepada apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Oleh itu, umat Islam diminta tidak merayakan hari berkenaan yang bertentangan ajaran Islam sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam. Janganlah hanya dengan alasan inginkan keseronokan serta mengikut peredaran zaman, sanggup membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah.
Ingatlah, agama Islam tidak sesekali melarang umatnya bercinta kerana cinta adalah fitrah semula jadi manusia, namun mestilah berdasarkan hukum Islam bukannya berteraskan hawa nafsu semata-mata.
Berdasarkan pemerhatian, perkara ini berlaku kerana kualiti keimanan umat Islam yang semakin lemah dan kekaburan kita dalam menegakkan prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang Muslim.
Kita jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman. Firman Allah SWT: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah an-Nisaa, ayat 119)
Ingatlah bahawa agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus serta tasawwur mereka mengenai sesuatu perkara menjadi jelas.
Jangan kita mengikut contoh umat jahiliah yang menganggap persoalan akidah hanya sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik saja sedangkan hakikat iman ialah panduan antara keyakinan di hati dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)