Halaman

Isnin, 28 Februari 2011

Larian Kedah Sejahtera 2011

ALOR SETAR – Sempena dengan sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera, akan diadakan acara larian Kedah Sejahtera 2011. Larian ini akan diadakan pada hari Sabtu 12hb Mac 2011 bermula jam 6.30 pagi.

Menurut Ustaz Mohd Rosli Azmi, Pegawai Khas Belis dan Sukan kepada YAB Mentri Besar Kedah, larian akan bermula dan berkahir di Stadium Darul Aman .

“Sebagai galakkan, 500 orang peserta pertama akan diberikan hadiah sehelai baju T, “ katanya.

Larian yang julung kali diadakan ini terbahagi kepada beberapa ketegori iaitu kategori Pelajar Sekolah Lelaki, Pelajar Sekolah Perempuan, Terbuka Lelaki 18-39 tahun, Terbuka Wanita 18-39 tahun, Terbuka Veteran Lelaki dan Veteran Wanita yang berumur 40 tahun ke atas.

“Bagi ketegori Pelajar Lelaki dan Perempuan, yuran yang dikenakan hanya RM3 manakala bagi lain-lain kategori yuran yang di kenakan adalah RM5.

“Larian Kedah Sejahtera 2011 ini akan melibatkan laluan sekitar Bandaraya Alor Setar sejauh kira-kira 7.5 kilometer.

“Hadiah yang ditawarkan bagi semua pemenang tempat pertama hingga ke 20 adalah medal manakala bagi tempat pertama hingga keempat akan di sertakan dengan wang tunai,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut, pembaca boleh merujuk kepadaSekreteriat Sambutan dialamat Pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Aras 1, Blok A, Wisma Darul Amana tau layari laman sesawangwww.kedahsejahtera.com.

Ahad, 27 Februari 2011


Bob Lokman di Penang Harmoni 3 Mac
Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 23 Feb: Bob Lokman akan bertandang ke program Penang Harmoni sepentas dengan dua Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Mahfuz Omar serta Ketua Wanita DAP, Choong Eng pada 3 Mac ini bertempat di Dewan Millenium di sini.

Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Zulkiply Ishak menyifatkan, kunjungan Bob Lokman menyerikan lagi majlis kerana beliau seorang selebriti terkenal.

Baru-baru ini beliau melakukan kejutan sempena Perhimpunan 30 ribu pemuda yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Kehadiran Bob Lokman pastinya menyerikan lagi suasana Penang Harmoni 2 itu nanti kerana selain daripada mendapat info terkini perkembangan politik dalam dan luar negara pengunjung juga berkesempatan bertemu dan bertanya khabar Bob Lokman, " terangnya.

Sekali lagi beliau yang juga pengarah program ingin memberitahu kepada semua peniaga diminta mendaftar segera nama dan hasil jualan kepada Jawatankuasa bahagian gerai, Saudara Ridwan di talian 0134362559.

Program selama 10 hari itu akan berlangsung dari 25 Februari hingga 6 Mac bermula petang sehingga tengah malam.

Penang Harmoni 2

TASEK GELUGOR, 22 Feb: Kesinambungan dari kejayaan Penang Harmoni 1 yang telah diadakan pada Februari 2010 yang lalu di tapak ekspo Seberang Jaya, sekali lagi bermula pada 25 Februari hingga 1 Mac ini, Penang Harmoni 2 akan menampilkan pemidato hebat dan pimpinan dari Pakatan Rakyat (PR) seluruh negara di Dewan Millenium, Kepala Batas.

Edaran yang dikeluarkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang, menyatakan majlis ceramah yang akan bermula pada 25 Februari ini akan menampilkan Badrul Hisham Shaharin dari Rembau, Dr Syed Azman dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari DAP, Lim Hock Seng.

Manakala pada 26 Februari pula akan dihiasi oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Noridah Salleh.

Sementara itu pada 27 Februari pula mengenegahkan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, dan Exco Kerajaan Negeri, Wong Hon Wai dan Fariz Musa dari PKR.

Pada 28 Februari pula pemidato yang akan menghiasi pentas ialah Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datouk Mohd Amar, dan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh dan Naib Presiden PKR, Datuk Chua Jui Meng.

Bermula pada 1 Mac nanti penceramah yang akan turut bersama ialah Nik Abduh Nik Aziz, Exco Kerajaan Kedah, S.Manikumar dan Timbalan Ketua Menteri II P.Pinang, Prof.P.Ramasamy.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Abdul Hadi Awang pula akan menghiasi pentas pada 2 Mac bersama-sama dengan Datuk Husam Musa, Speaker Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng dan dan Exco Kerajaan Negeri, Law Choo Kiang pula akan berceramah pada 3 Mac.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan bersama-sama dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Mansor Othman berceramah pada 4 Mac.

Acara kemuncak ialah pada 5 Mac di mana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersama-sama dengan Ustaz Haslin Baharin yang lebih terkenal dengan dakwah melalui pelbagai bahasa termasuk Hindi dalam Konsert 'Otai' .

Malam terakhir akan disertai oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Perbetulkan BN dahulu

MERLIMAU - “Perbetulkan Barisan Nasional (BN) dahulu. Proses demokrasi diamalkan di negara ini perlu direformasikan sejajar arus perubahan melanda dunia pada masa ini."

Demikian kata Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang semasa majlis pengumuman calon Pas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, BN mesti mengambil tindakan segera memperbetulkan segala kelemahan yang ada untuk memastikan demokrasi diamalkan di negara ini benar-benar tulen.

Dakwanya, kerajaan pimpinan BN bukan sahaja mengekang media di negara ini, tetapi turut mengawal organisasi lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) dan sebagainya.

“Kita sudah memberi peluang kepada BN sebagai kerajaan memerintah negara ini supaya memodenkan demokrasi kerana masa sudah berubah.

“Demokrasi mesti direformasikan. Demokrasi adalah mahkamah rakyat melalui pilihan raya untuk mereka memilih kerajaan sihat (untuk memerintah negara,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution; Pesuruhjaya Pas Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman; Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ketua Pemuda DAP pusat, Anthony Loke serta barisan kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri dan Pusat.

Menerusi majlis berkenaan, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka, Yuhaizad Abdullah diumumkan sebagai calon Pas untuk PRK DUN Merlimau 6 Mac ini.

Pada masa sama, Abdul Hadi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan mengadakan satu ‘perhimpunan bersih’ untuk mendesak kerajaan membuat perubahan.

“Oleh sebab itu, Pas mengambil bahagian dalam PRK DUN Merlimau ini, mengajak rakyat membuat perubahan menerusi pilihan raya,” katanya.

Abdul Hadi turut mengkritik kerajaan didakwa mengekang akhbar di negara ini sehingga rakyat tidak berpeluang mendapat maklumat adil untuk membolehkan mereka membuat pilihan.

Menurutnya, negara yang mengamalkan demokrasi baik memberikan peluang sama rata kepada semua parti politik memandangkan media adalah saksi adil.

“Tetapi, itu tidak berlaku di sini, di mana parti memerintah mengonkong semua media sehingga menyebabkan rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil. Rakyat hanya mendengar sebelah pihak sahaja.

“Demokrasi yang macam ini (adalah) tidak betul...demokrasi yang macam ini (adalah) salah,” katanya.

Merlimau - Edisi "You Help Me I Help You" juga ada disini...!!

ALI RUSTAM CUBA 'RASUAH' WAKIL PERSATUAN CINA

Episod cubaan 'merasuah' pengundi Cina seperti di Miri dalam PRK lalu berulang lagi di PRK Merlimau. Di Miri Perdana Menteri, Dato Seri Najib berkata dalam satu ceramah kempen BN di Miri memberitahu pengundi dan penduduk Cina...' lu tolong gua dan gua tolong lu..."

Ketua Menteri Melaka, Dato seri Ali Rustam seperti belajar dan meniru dari bossnya dengan hari ini memberitahu kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka, Yang Ying Chong dengan memberitahu kumpulan berkenaan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Antara tuntutan kumpulan berkenaan ialah sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut kerajaan mengembalikan kewarganegaraan aktivis mendiang Lim Lian Geok dan menerimanya sebagai sebagai patriotik negara.

Inilah contoh seorang pemimpin Umno/BN yang bermuka-muka dan bersikap hipokrit untuk mendengar dan membincangkan masalah dan nasib rakyat. Apakah beliau fikir hanya orang Umno/BN sahaja yang menjadi pembayar cukai? Adakah beliau fikir duit rakyat dan harta kerajaan adalah milik Umno/BN?

Tindakan Ali Rustam ternyata satu tindakan tidak matang dan seperti mempersendakan orang Cina dan menafikan hak rakyat berbilang kaum di negara ini. Sikap yang ditunjukkan menggambarkan watak sebenar pemimpin Umno yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk meraih undi dan menang dalam pilihanraya. Saya cukup yakin pengundi dan penduduk di Merlimau cukup matang untuk menilai pemimpin yang bersikap talam dua muka ini.