Halaman

Jumaat, 4 Mei 2012

AWAN TERUKIR NAMA ALLAH KETIKA MAJLIS PEMAKAMAN PUTERA RAJA - Selamat Jalan Guruku


 Al Fatihah : 






Al Fatihah kepada al marhum.. Tak banyak yang saya nak coretkan, cuma kebetulan saya berada di zawiyah untuk menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja... Tidak sampai sejam pulang dari zikir maka Allah Yang Maha Pengasih telah menjemput baginda ke pangkuannya...

Kami dikejutkan di zawiyah lebih kurang 3 pagi dengan berita menggemparkan ini. Bagaikan petir yang menggegarkan seluruh sel di tubuh kami bergegas ke terataknya tuan guru yang mulia, yang ternyata sangat sederhana bagi seorang putera raja...

Sesampai di sana kelihatan telah ramai orang menunggu dan saya terus bertanyakan kepada anggota polis yang berada di situ..

Katanya, " Kami sedang tunggu transport ke Kuala Kangsar. Nak bawa jenazah ke sana."
Maka.. fahamlah kami.

Sesampai di sana, kelihatan selipar getah kuning Tuanku yang sudah bertahun-tahun dipakainya.... Diletakkan kesunyian di satu penjuru..

Kami bergegas ke biliknya yang mulia, dan kelihatan sekujur tubuhnya yang mulia terbaring di pembaringan. Bagaikan tidak percaya....

3 kali bacaan Yaasin bergema di kamarnya dan sebelum keluar, dengan titisan air mata kami mengucup dahi yang mulia buat kali terakhir....

Hujan renyai pun mulai turun seolah2 bumi menangisi permergian seorang putera soleh yang 1000 tahun lagi hendak berjumpa insan begini pun belum tentu lagi....

Kenderaan membawa jenazah tuanku ke Kuala Kangsar hampir solat Subuh. Kami solat di zawiyah @ surau kecil di rumah Tuanku. Kenderaan membawa tuanku sheikh bertolak ke Kuala Kangsar dan kami kembali ke zawiyah....

Pada 8.30 pagi kami bertolak ke Kuala Kangsar bersama jemaah yang lain..

Baginda ibarat ayahanda rohani buat kami, segala urusan dunia dan ukhrawi kami adukan kepada baginda. Soal pengajianku dahulu, perkahwinan, soal anak2 dan nama2 mereka, pekerjaan dan nama Pusat Rawatan KISWAH dan ijazah ruqyah pun adalah blessing, dustur dan izin dari Tuanku...

Sesungguhnya segala nasihat, cadangan dan hajat dari Tuanku untuk kami bina satu zawiyah dari 'kayu' di Pahang, mengajar jemaah untuk whirling, dan akhirnya pada malam pemergian baginda, dustur untuk CD Maulid bersama kumpulan Saalica akan kami bermujahadah menjadikannya satu kenyataan.. Insya Allah.. Doakan...

Tidaklah kusangka-sangka, lambaian terakhir kami kepada baginda sejurus selepas zikir kepada kereta kenari merah yang senantiasa dinaiki Tuanku, adalah lambaian yang terakhir kepada Sheikh Raja yang dicintai..

.. dan tidaklah disangka2 pula, rupa2nya, bacaan doa yang mengiringi zikir yang dipinta Tuanku untuk al faqir wal haqir di sisi Allah ini membacanya adalah yang terakhir dibacakan di hadapan baginda.

... dan tidaklah disangka, dengan jumlah jemaah yang datang berzikir tidaklah ramai seumpama biasa, dan anak2 buah dari kumpulan Saalica yang mendendangkan 3 qasidah tersebut, rupanya2nya qasidah terakhir yang dimainkan ketika hidupnya...

Masya Allah thumma Masya Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai2 yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...

Perhatikanlah kalimah yang tertera di langit dilukis cantik dengan awan-awan ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh...

Anas yang duduk disebelah saya, dah perasan awal2 lagi.. masa tu kalimah Allah lagi jelas dan cerah.... cuma tak tangkap gambar je...Masa ni gambar tulisan Allah dah tak berapa jelas.. Tapi Alhamdulillah masih nampak..Credit to Amirul Syafiq Johor...

Sesungguhnya kami yakin bahawa, orang2 soleh khususnya para awliya' tidaklah mati, sebaliknya sedang hidup di dalam alam sana. Cuma jasad yang dipinjamkan kepada mereka oleh Allah, dijemput pulang kembali oleh Rabbnya....

Kematian itu adalah kerehatan buat seorang mu'min... Akhirnya Tuanku berehat dengan aman di taman antara taman syurgawi Insya Allah... Tidak perlu lagi terbeban siang dan malam dengan karenah anak2 muridmu ini yang datang dengan 1001 masalah karat dunia..

Puluhan tahun Syaikh tidak tidur..bersengkang mata menjaga anak2 muridnya..akhirnya..biarlah Syaikh berehat dengan tenang..

Ampun kami wahai tuan guru....

Selamat jalan di alam sana.....

Semoga ketemu lagi di alam sana, yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..

Al Fatihah... 

Khamis, 3 Mei 2012

Perkara-Perkara Sunat di Hari Jumaat


Perkara-Perkara Sunat di Hari Jumaat


Berikut perkara-perkara yang disunatkan pada hari jumaat:
1) Disunnahkan berdoa
kerana berdoa pada hari itu akan dikabulkan terutama pada waktu/saat mustajab (mudah terkabul doa).
Doa yang paling disukai oleh RasulullahS.A.W adalah meminta kebaikan di dunia dan akhirat dan meminta perlindungan dari neraka. Dalam suatu hadith bahawa orang yang meminta dimasukkan ke dalam syurga maka syurga mengatakan:
“Ya Allah, masukkan dia ke dalam syurga.” Dan barang siapa yang meminta perlindungan neraka kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala maka neraka akan berkata: “Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.” - (HR. Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 6151/6, lihat Shifatun Naar fil Kitab was Sunnah oleh Mahmud bin Khalifah Al-Jasim)
2) Disunnahkan memperbanyak bacaan salawat Nabi sallallahu `alaihi wasallam
Hadith dari Aus bin Aus radliallahu `anhu berkata bahawa Rasulullah S.A.W pernah berkata:
“Seutama-utama hari adalah hari Jumaat. Padanya diciptakan dan dimatikan Adam alaihis salam, ditiup sangkakala dan dibinasakannya manusia. Oleh kerana itu perbanyaklah salawat atasku pada hari itu karena shlawatmu akan sampai kepadaku.” Para shahabat bertanya: “Bagaimana boleh sampai sedangkan jasadmu telah dimakan tanah?” Berkata: “Allah Subhanahu waTa`ala mengharamkan tanah untuk memakan (membusukkan) jasad para Nabi.” - (HR. Abu Dawud, Sahih, lihat Sahih Sunan Abu Dawud hal. 196 hadith no.925 oleh Syaikh Nashiruddin Al-Albani)
3) Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh ImamNawawi).
Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalilnya adalah hadith dari Abu Darda radliallahu `anhu dri Nabi shallallahu `alaihi wa sallam berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” - (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Pada lafaz Tirmidzi:
“Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadith hasan.”
Pada hadith yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu`anhu bahawa Nabi S.A.W berkata;
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadith tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu. Dan pada lafaz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Disunnahkan pula membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat fajar (subuh). Abu Hurairah mengatakan:
Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat subuh hari Jumaat.” - (Muttafaqun `alaihi)
Menurut Ath-Thabrani dari Ibnu Mas’ud bahawa Nabi S.A.W terus menerus membaca kedua surah tersebut. Menurut riwayat dari Ibnu Abbas dan Abi Hurairah radliallahu `anhum berkata bahawa :
Rasulullah S.A.W membaca surah Al-Jumaat dan Munafiqun pada hari Jumaat (HR. Muslim). Demikian pula Nabi S.A.W membaca surah Sabbihisma dan Al-Ghasyiyah pada solat Jumaat (lihat Tafsir Ibnu Katsir surah Al-A`la dan Al-Ghasyiyah).
-banyakkanlah berdoa, selawat, baca surah al-kahfi-

BUKTI MUNAFIQ SESEORANG


BUKTI MUNAFIQ SESEORANG
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
    Pagi tadi,dia terbangun daripada tidur sewaktu jemaah di masjid sudah pulang daripada solat subuh berjemaah. Dia ke bilik air sambil berlenggang. Sejurus mandi,dia berjalan masuk ke bilik menyalin pakaian kerja. Dengan tenang dia bertakbir solat subuh,dicangkul solatnya sepantas kilat tanpa sempat berwirid, apatah lagi berdoa.”Ah, minggu lepas sudah berdoa, buat apa berdoa hari-hari!” gerutu hatinya.
   
    Pagi masih hening, dia melangkah turun dari kenderaan dengan wajah sebal. Menuju ke tempat kerja dengan hati yang kusut dan celaru. Sebaik sampai ke pejabat, dia menekan suis komputer dan memasang lagu inggeris yang sentimental sebagai halwa telinga. Tubuh disandarkan ke kerusi. Dia pejam mata sambil mendengar lagu segar.

    Alis mata dibuka semula, lalu pandangan ditujukan ke ruang pejabat. Melihat gelagat rakan-rakan sekerja dalam keadaan telinga mendengar alunan lagu. Ada yang melintasi di sebelah dia dengan wajah yang ceria dan senyuman. Dia membalasnya dengan pandangan sepi sahaja. Kemudian beralih pandangan kepada komputer. Bermula aktiviti menyelam di alam maya, membuka FACEBOOK atau melayari laman sesawang untuk memeriksa perkembangan terkini. Itulah rutin pagi sebagai pekerja.

    Bila tamat kerja, dia pulang ke rumah lewat petang atau dia awal malam dengan wajah ceria. Yes! Kerja sudah habis! Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, dia rebahkan badan dan mencari ‘remote’ televisyen dan duduk bersandar di kerusi. Membiarkan mata dan telinga dijamu oleh program televisyen. Atau , dia akan segera menekan butang nyala pada komputer riba. Mula melayari laman sosial atau bermain permainan di atas talian. Itulah rutin hidupnya setiap kali pulang bekerja.