Halaman

Sabtu, 21 April 2012

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT



11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :  





















1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE...

Jumaat, 20 April 2012

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"



JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). 
(QS. 43:89)

Sebaik-baik perkataan gunakanlah ,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH... Ianya sebaik-baik perkataan. Tiada yang indah melainkan perkataan yang penuh itu. 

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Ingatlah, Islam itu indah bak kain putih. Jangan kita kotorkan dengan denai atau kotoran-kotoran. 

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan jawablah salam dengan “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Suatu lagi menjadi satu pertanyaan bagi saya, saya mushkil dengan memberi salam. 

Jawab salam yang betul ialah "WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAI KUM SALAM”. Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata dengan baik dan jelas. Sememangnya perkataan yang baik itu ialah dari diri kita sendiri.

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.